home sweet home.
takda yang paling happy apabila bangun sahur pagi semalam nampak dua orang lelaki berbadan besar tengah semangat makan. HAHA yayyy bang chaq dan bang ngah dah sampai rumah.
after kejadian pecah rumah dekat balik pulau hari tuh dah lama saya tak rasa perasaan selamat dan tenang macam mana saya tengah rasa sekarang ni. GOOD BYE balik pulau untuk seminggu! boleh dak kalau tak mau dok sana dah? T_____T.
hari ni memang sangat penat. masuk dapur pukul 11.30 pagi keluar dapur pukul 7.30 malam. phewww! umi pulak kena food poisoning diarrhea sampai demam longlai. 11.30 pagi tuh pun bangun sebab umi call dari bawah, “bangun, turun tolong masak”. camtu ja anak dara kena kejut bangun pagi, malu sikit ah. HOHO. akibatnya, kejang kaki kejang kaki kejang kaki. tadi umi lemah sangat sampai tak larat nak bangun masak so dia sambil tidur depan dapur bagi arahan ja apa yang saya patut buat. HAHA. tumis bawang NEXT? masuk 2 sudu garam, NEXT? goreng ayam, NEXT? camtu ah kan. bukan 1 masakan or 2 masakan tapi banyak masakan. T_____T. tapi ada juga la yang umi tolong bila dia rasa dia larat nak bangun. makanya terhasillah, rendang ayam, ayam masak merah, udang goreng, curry daging, sayur, ikan masin, nasi impit, kuah kacang, ketupat. PHEWWW PHEWWW LAGI. tuh tak termasuk lagi berdiri untuk cuci pinggan, mengemas, isi kuih dalam balang, dan segala. tiba-tiba nak tanya, kenapa saya sorang ja anak dara dalam rumah ni? heh.
suasana raya kali ni memang totally berbeza. rasa macam raya dalam kampung dengan persekitaran hulu macam ni. best dan sangat damai. tak lagi bising dengan suara jeritan warga asing macam dulu. KUIKUI. after settled berbuka puasa, bermulalah deko bersama bang ngah, HAHA. takpa saya memang lebih kearah mengemas dan menghias rumah daripada memasak. heh.
yang excitednya tahun ni dapat pasang pelita keliling halaman. semangat raya melonjak tinggi bila tengok pelita yang dah siap dipasang hasil usaha bang chaq dan abuya. ngehngeh.
jeng jeng. HAHA.
nah amek, rumah bermandikan cahaya tak mau kalah.
(ok fine gambar camera saya tetiba jadi hodoh bila compare dengan gambar camera bang ngah. yang gambar blur, pudar dan terlebih bright tuh gambar camera saya la. T_____T)
pastu bising gila dengan budak-budak mercun. macam nak meletop sekali dengan rumah. haih sampai berapa kali ntah aku melatah macam orang tua.
bungai api pekak.
bila dah boring lepak dekat luar ingatkan boleh masuk rilek ah sekali tetengok saudara dengan tok belah abuya pulak datang.
HOHO sila sila.
kuih raya. (konon habis pro la tangkap gambar camni eh bang ngah?) HAHA tapi memang smart.
sekian.
zzz.
*seriously, tak sabar nak raya dengan girlfriends tercinta. lama wey tak jumpa ampa. T_____T.*
kepada semua one soul, jemput la wey mai rumah.
kita raya ramai-ramai.
tiba-tiba,
HAHAHAHAHA candid.
*alhamdulillah*