:'(

October 3, 2009

pukul 1.53 pagi before tidur dapat message,

hang tak pi kk ka nnt?

replied,

dak. ada 2 quiz.

bila baca message tadi lagi sekali,

terus sebak sedu-sedan merambu abeh tak boleh nak tidur lagi dah.

family first.

tapi kali ni tak boleh.

kesian bang ngah.

:’(((

untuk semua renungkan

October 2, 2009

hari-hari bercakap.

bercakap hari-hari.

tapi tak semua orang boleh control mulut sendiri dan bercakap dengan sopan dan baik.

tanpa buat orang lain terasa, mungkin?

tanpa bercakap lucah, mungkin?

sometimes hanya dengan satu perkataan pun boleh membodohkan diri sendiri atau mengubah perception orang lain untuk diri kita.

sebab tuh la ada peribahasa,

terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata (sambung ah sendiri sambung).

BYE.

saya bukan jenis perempuan yang sewenang-wenangnya boleh dipersendakan dengan ayat-ayat murahan macam rubbish tuh!

TAK LAWAK LANGSUNG.


my favourite all the times

September 25, 2009

napa ntah tak mengantuk lagi ni.

study sat, tengok blog yang lama.

pastu datang ah idea nak mengupdate segala.

terus tinggal nota power point.

ni yang tak suka nota soft copy.

mesti akan terpengaruh dengan menda lain.

CUT ah CUT.

ok now presenting,

she will always be my favourite all the times awww.

buat muka sebek camni bila nampak camera memang terbaik ah sarah. HAHA.

sekarang dah semakin besar.

tapi suara tetap maintain kecik.

pastu dah tak malu nak cakap banyak cerita macam-macam.

makan dengan gaya seksi.

bulu lengan pun dah semakin panjang.

raya raya pun nak colour eh sayang?

carah memang pemalu dengan camera.

flashback raya secara cepat

September 24, 2009

setiap tahun bila raya saya akan produce entry macam ni. (ceyh cakap setiap tahun konon macam dah banyak tahun ada blog.)

RAYA 1

raya pertama banyak habiskan masa dekat rumah lepak-lepak tengok tv.

pastu petang baru ah bersiap balik kampung.

hoho make-up mata sampai nampak besar. kuikui bukan main awww.

gambar tak banyak ah sebab cameraman bantai tidur.

tangkap gambar sendiri ja. :(

kat kampung, beraya beraya beraya.

apa ntah depa dua ni.

pastu p rumah mak ngah.

RAYA 2

dok rumah buat assignment ja.

tak raya pun.

maghrib baru p rumah mak ngah berspagetthi.

RAYA 3

raya rumah syu.

(gambar tak ada)

then,

BBQ night.

rumah mak ngah lagi.

mereka = tulang belakang bbq.

with kak intan and kak eija.

anak dara buat kerja dalam rumah (ok yang tengah tuh ja anak dara, ngehngeh)

tetiba semua pun nak masuk gambar.

lepas bbq, semua ternganga tengok tv tak mau lepas.

RAYA 4

ahem.

bersama girlfriends tercinta.

dekat rumah fatin.

hoho kantoi cycle baju raya pertama balik. :D

RAYA 5

tak raya.

RAYA 6

esok rumah kucai pulak.

(dah habis baju :( )

ok bye.

muka macam suci semacam. HAHA.

p/s : tak best la raya tahun ni sebab tak sempat tangkap gambar satu family.

T_____T

tetiba nak buat post camni

September 23, 2009

tetiba.

tak salahkan nak terima kasih secara tetiba? HEHE.

thanks dear.

sebab always be beside me bila saya susah dan senang tak kira bila masa saya perlukan – subuh, pagi, petang, malam.

bila sakit.

bila rumah kena masuk pencuri.

bila stress sangat.

bila termenangis depan depan dan depan orang ramai sebab heh ok shhh!

bila nervous nak practical pharmacy practice. HEHE.

bila gembira.

pastu teman buat ic balik, buat kad bank balik, buat lesen balik.

seriously, bila awak teman hari tuh, memang sangat meringankan segala beban stress saya yang terlampau. stress semua terbang, fuyyo fuyyo.

haih, tetiba terharu dengan post sendiri.

T_____T

TERIMA KASIH AWAK untuk semua layanan baik selama ni.

ALHAMDULILLAH.

ok change topic sat.

banyak gila gambar raya tahun ni sampai tataw la nak upload mana satu.

satgi p rumah fatin dengan umi, mak aiih bertambah lagi la gambar.

pastu kenduri hari ahad ni lagi, tediaaa jenuh berat laptop.

sebagai permulaan, ceyh.

malam bbq, kipas oi kipas.

akan upload banyak lagi soon.

p/s : awak memang segak bergaya masa pagi raya hari tuh.

temetimibama rinmindumu temerusmus.

NGEHNGEH.

boring lah!

September 20, 2009

boring ni.

boring sangat.

cakap nak balik kampung pagi tadi.

ni dah pukul 3.15 petang.

tapi still ada dekat rumah lagi.

lama gila dah ni bersiap.

sebab saluran air bawah tanah rumah tersumbat.

so panggil cina repair.

kalau tak nanti tetamu tak boleh berak.

HAHAHA.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

MINTA MAAF ZAHIR BATIN.

saya suka message received dari syu pagi tadi,

“sorry for the words unspoken,

sorry for the hearts i have broken,

sorry if my ego was too high,

also for all the intentional lies,

im only human with my imperfections,

sorry if i have ever hurt you with my words or actions.

its eid again,

its time to forgive and forget.”

*WINK ;D

malam raya yang paling letih

September 20, 2009

home sweet home.

takda yang paling happy apabila bangun sahur pagi semalam nampak dua orang lelaki berbadan besar tengah semangat makan. HAHA yayyy bang chaq dan bang ngah dah sampai rumah.

after kejadian pecah rumah dekat balik pulau hari tuh dah lama saya tak rasa perasaan selamat dan tenang macam mana saya tengah rasa sekarang ni. GOOD BYE balik pulau untuk seminggu! boleh dak kalau tak mau dok sana dah? T_____T.

hari ni memang sangat penat. masuk dapur pukul 11.30 pagi keluar dapur pukul 7.30 malam. phewww! umi pulak kena food poisoning diarrhea sampai demam longlai. 11.30 pagi tuh pun bangun sebab umi call dari bawah, “bangun, turun tolong masak”. camtu ja anak dara kena kejut bangun pagi, malu sikit ah. HOHO. akibatnya, kejang kaki kejang kaki kejang kaki. tadi umi lemah sangat sampai tak larat nak bangun masak so dia sambil tidur depan dapur bagi arahan ja apa yang saya patut buat. HAHA. tumis bawang NEXT? masuk 2 sudu garam, NEXT? goreng ayam, NEXT? camtu ah kan. bukan 1 masakan or 2 masakan tapi banyak masakan. T_____T. tapi ada juga la yang umi tolong bila dia rasa dia larat nak bangun. makanya terhasillah, rendang ayam, ayam masak merah, udang goreng, curry daging, sayur, ikan masin, nasi impit, kuah kacang, ketupat. PHEWWW PHEWWW LAGI. tuh tak termasuk lagi berdiri untuk cuci pinggan, mengemas, isi kuih dalam balang, dan segala. tiba-tiba nak tanya, kenapa saya sorang ja anak dara dalam rumah ni? heh.

suasana raya kali ni memang totally berbeza. rasa macam raya dalam kampung dengan persekitaran hulu macam ni. best dan sangat damai. tak lagi bising dengan suara jeritan warga asing macam dulu. KUIKUI. after settled berbuka puasa, bermulalah deko bersama bang ngah, HAHA. takpa saya memang lebih kearah mengemas dan menghias rumah daripada memasak. heh.

yang excitednya tahun ni dapat pasang pelita keliling halaman. semangat raya melonjak tinggi bila tengok pelita yang dah siap dipasang hasil usaha bang chaq dan abuya. ngehngeh.

jeng jeng. HAHA.

nah amek, rumah bermandikan cahaya tak mau kalah.

(ok fine gambar camera saya tetiba jadi hodoh bila compare dengan gambar camera bang ngah. yang gambar blur, pudar dan terlebih bright tuh gambar camera saya la. T_____T)

pastu bising gila dengan budak-budak mercun. macam nak meletop sekali dengan rumah. haih sampai berapa kali ntah aku melatah macam orang tua.

bungai api pekak.

bila dah boring lepak dekat luar ingatkan boleh masuk rilek ah sekali tetengok saudara dengan tok belah abuya pulak datang.

HOHO sila sila.

:D

kuih raya. (konon habis pro la tangkap gambar camni eh bang ngah?) HAHA tapi memang smart.

sekian.

zzz.

*seriously, tak sabar nak raya dengan girlfriends tercinta. lama wey tak jumpa ampa. T_____T.*

kepada semua one soul, jemput la wey mai rumah.

kita raya ramai-ramai.

tiba-tiba,

HAHAHAHAHA candid.

*alhamdulillah*

craving la!

September 15, 2009

tiba-tiba teringin nak makan steambot.

eh bukan tiba-tiba dah 4 5 hari dah.

nak makan secara banyak macam atas ni.

fuhhh sedapnya!

hadiah & poya memang best

September 13, 2009

JENG JENG JENG!

nothing much to share.

just perasaan gembira dapat hadiah.

HAHA.

THANKS SEMUA!

accessories from  tayeng.

boleh pakai raya sebab padan sangat dengan baju raya tahun ni, yayyy!

baju from sya.

then hari ni poya-poya queensbay padahal semalam baru poya-poya gurney. tapi semalam lain hari ni lain, NGEHNGEH.

bosan wey boys mai amek lambat.

setelah sekian lama tak tangkap gambar,

nak lesung pipit boleh?

ni dia budak nakal. HEHE.

then keluar dengan parents and bang ngah memang best.

tapi abuya suka bawa kereta secara laju dan kelam-kabut macam kena ribut dan saya selalu takut ah duduk dekat belakang sambil buat gaya tertekan brek. HUU T_____T.

pastu terus join the club balik buka puasa dekat kapitan QB.

ngeeeeeee malu i ada gambar camni :D

tokey air tembikai.

resereved tuh pa? HAHA.

macam dah gemuk. kuikui.

gambar spontan paling suka malam ni. HOHO tengah beli hadiah untuk diri sendiri kot?

phewit gambar pasangan camni mesti kena ada. ngehngeh.

muka tak sabar nak balik buka laptop baru, camera baru, handphone baru.

yang sangat special dan sangat best malam ni sebab saya dapat hadiah yang special dari orang yang special jugak. HOHO.

TADAAA!

i got 3 fresh roses tonight.

syu said, 3 roses mean I LOVE U.

HEHE.

pastu ada lagi.

dapat si montel ni sampai rasa tak sabar nak tidur malam ni dengan dia.

TADAAA!

his name is little dudu. HAHA comelnyaaaaa nama, terharu sendiri :’).

moomoo ni sebijik macam gambar header atas ni kan? :D

so sweet of you. :’)

THANKS A LOT DEAR!

bila ada blog camni semua hadiah pun dah berunsur MOOMOO.

memang comel sangat lah mereka ni.

:’)

tengok ni card moomoo dari tayeng.

ni hadiah purse beli untuk diri sendiri. jatuh cinta pandang pertama oh! terus ja amek tanpa berlengah lagi.

terharu lagi sebab dapat beli hadiah untuk diri sendiri. :’)

KUIKUI.

purse hilang, pencuri bengong.

bila semua dalam satu

September 11, 2009

8/9 – 11/9

TQ sangat wey birthday party memang gempak gila sampai aku pun tak terfikir yang malam tuh akan ada birthday party untuk aku. blackout secara tiba-tiba memang fun. ok fine malam tuh memang kami terlebih seronok huha sana huha sini sampai kejar-mengejar naik atas turun bawah cuba nak calit cake dekat muka masing-masing. birthday girl memang kena teruk tapi nazira lagi kena teruk dari birthday girl. HAHA kesian dia. tidur dengan rambut dan muka berbau cake memang tak pernah lagi seumur hidup aku. first time wey!

tak cukup dengan birthday party dapat hadiah pulak. siapa tak suka bila dapat hadiah? TQ teng, TQ sya.

tuh la orang tua-tua dah pesan, jangan seronok sangat nanti menangis. apa yang najwa cakap sebelum masuk bilik malam tuh memang jadi real. malam tuh jugak rumah kami kena pecah masuk dengan pencuri. bangun bangun sahur ja terus kecoh satu rumah. dah la dia masuk sampai dalam bilik. pastu siap jumpa pisau lagi dekat ruang tamu.  3 laptop, 5 handphone, 5 purse, 2 digital camera, 3 jam tangan. 4 handbag. bangun dalam keadaan terkejut tergempak bila tengok barang-barang semua hilang, apa yang nak cakap lagi selain menangis? TAKUT MEMANG TAKUT, SEDIH MEMANG SEDIH, TERKEJUT MEMANG TERKEJUT.

YANG PENTING, SEMUA NI BUKAN SALAH KAMI DAN KAMI ADA HAK UNTUK NAK TUNTUT KERUGIAN.

lepas dari ni, terus semua trauma, lemah semangat, dan segala sebab badi pencuri dalam rumah ni still lagi terasa.

TQ boys sebab ambil berat secara banyak sanggup korban waktu tidur tolong kami time kami susah.

saya dah letih kalau semua benda pun saya yang nak kena fikir. LETIH LETIH LETIH. saya bagi dua choices ja, NAK OR TAK NAK? tak payah ada jawapan IKUT LA, IKUT LA, IKUT LA. saya bukan ahli nujum yang bila orang cakap IKUT LA then saya boleh baca fikiran dan perasaan dia yang dia sebenarnya nak atau tak nak. selama ni pun ada eh aku pentingkan diri aku sendiri ja tanpa fikir jawapan orang lain?

semakin lama, semakin rasa banyak beban yang kena tanggung. pencuri mengong.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.